Thursday 16 February 2012

Misteri Jodoh

Assalamualaikum...
Alhamdulillah bertemu lagi kita dan kali ini dalam ruangan misteri jodoh. Ramai diantara kita yang mengimpikan "Mr Perfect" untuk dijadikan pasangan hidup. Tak salah andainya kita bermimpi, tetapi adakah kita boleh digelar "Ms Perfect" di mata lelaki? Sebenarnya jodoh itu rahsia Allah SWT, kerana Dia yang menentukan apa yang terbaik buat kita. Kepada yang sudah berumahtangga, janganlah mengabaikan pasangan hanya kerana dia bukanlah "Mr Perfect" seperti yang kita inginkan. Sesungguhnya tiada yang sempurna dalam kehidupan ini melainkan Dia yang Maha Esa. Kepada yang belum berumahtangga berdoalah kepadaNya supaya diberikan jodoh yang baik dan boleh menjadi khalifah untuk membimbing kita ke jalan yang deredhaiNya.

Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah. Malah bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.

Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,
"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]

Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik - baiknya. Wallahu a'lam...

Dari Wanita Untuk Wanita

Assalamualaikum ...
Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah kerana aku masih diberi kesempatan lagi untuk bernafas. Untuk menunaikan tugas ku sebagai seorang anak, isteri, ibu dan teman.Ya Allah, andai apa yang ku lalui ini adalah ujian dan dugaan dariMu, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya. Sesungguhnya aku ini hanyalah insan biasa, yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Janganlah Engkau biarkan aku lalai dengan nikmat dunia yang hanya sementara. Engkau berikanlah aku petunjuk dan hidayah dalam menuju ke jalanMu.


Wahai wanita...
Marilah kita sama - sama menunaikan tanggungjawab kita dengan seikhlas - ikhlasnya. Walau tiada ganjaran di dunia, tetapi Allah telah menjanjikannya di akhirat kelak. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai Wanita. Wasalam....


19 Hadith Rasulullah SAW mengenai wanita

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.
  4.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s. a. w, “Ibunya”.
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17.  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r. a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”  

      Wednesday 15 February 2012

      Adam dan Hawa...

      Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
      Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
      Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?
      Namun adam tetap rindukan hawa.

      Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
      Untuk diluruskan oleh lelaki.
      Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
      Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

      Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
      kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
      Didiklah mereka dengan panduan darinya.
      Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
      kerana nantinya mereka semakin liar.
      Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
      kerana nantinya mereka akan semakin derita.
      Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
      Di situlah punca kekuatan dunia.

      Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
      Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
      Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

      Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
      Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
      Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
      Ia bukan diskriminasi Allah...
      sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

      Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
      Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
      Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
      Bahkan akan semakin membengkok...
      Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

      Bila wanita menjadi derhaka...
      pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
      Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
      Tapi binalah kepimpinan...
      Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
      Jinakkan diri kepada allah...
      Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
      Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
      Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.